Content

KUCING BATU

Friday, June 24, 2011
Friday, June 24, 2011

Kucing Batu (bahasa Inggeris: "Leopard Cat") ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Asia Tenggara, subbenua India dan timur China. Nama sainsnya Prionailurus bengalensis.

Walaupun sama-sama tergolong dalam keluarga Felidae, kucing ini berlainan genus dengan kucing rumah (Felis catus); mata dan telinga kucing batu lebih besar berbanding kucing rumah, begitu juga dengan saiz keseluruhannya

Kucing Batu tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum kordata, sub-filum bertulang belakang (vertebrata), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu, dan menjaga anak).

Makanan

Kucing Batu merupakan haiwan maging. Makanan utama Kucing Batu adalah mamalia kecil seperti tikus, tupai; dan juga cicak.

Pembiakan

Sebagai haiwan mamalia, Kucing Batu membiak dengan cara beranak dan menjaga anaknya sehingga dewasa dan mampu mampu berdikari.

Pengekalan

Kucing Batu berhadapan dengan ancaman disebabkan kehilangan habitat akibat aktiviti pembalakan, pembersihan kawasan hutan untuk pertanian dan perumahan.

Ulasan

Pada masa kini, sebagaimana haiwan mamalia besar yang lain di bumi ini, Kucing Batu berhadapan dengan ancaman kepupusan sekiranya tiada usaha dijalankan untuk menyelamatkannya

0 comments:

Post a Comment